HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Friday, March 23, 2012

Surat CINTA buatMU Ya ALLAH..

80's, alternative, and gif image 

Tiada kata yang dapat aku susun untuk diajdikan sepotong ayat
hanya sedih yang menyelubungi hati ini
kerana tiada siapa tahu apa yang aku rasa
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata
bukanlah juga seorang yang pandai dalam menyusun kata dengan sempurna
apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendiamkan diri
bersama peneman setia iaitu sekeping kertas kosong dan sebatang pen
sudah cukup untuk aku menukilkan segala kesedihan yang terbuku dihati

Dugaan demi dugaan Engkau berikan kepada aku Ya Allah
apa yang boleh aku katakan lagi..
Segalanya telah Engkau susun dalam setiap langkah perjalanan Hamba MU
Hanya air mata yang mengalir dan terus mengalir
yang bisa aku berikan dan tadahkan kepada MU

Jujur aku katakan Ya Allah..aku bukan seorang Hamba yang kuat
Kadang-kadang aku juga tersungkur di pertengahan jalan
Apa yang boleh aku lakukan Ya Allah..
Aku malu dengan diri sendiri..aku malu dengan orang sekelilinku.. aku malu pada KekasihMU Muhmmad..dan yang paling aku malu adalah pada Engkau Ya Allah..
malu dengan apa yang telah aku lakukan selama ini
Tangisan demi tangisan aku berikan
kerana hanya itu yang aku mampu lakukan
tunjukkan penyesalanku kepadaMU Ya Allah

Ketika aku berasa kesepian, berasa disisih daripada manusia-manusia lain
tiada yang aku ingat selain Engkau
mungkin ini Engkau berikan kepada aku yang telah melupakanMU
Aku tidak tahu kepada siapa untuk aku mengadu rasa sedih ini selain dihadapaMU walau aku merasa malu dengan Engkau
apa yang aku rasa hanya kehinaan..
terasa hina sekali apabila berhadapan denganMU Ya Allah
deras air mata ini mengalir bersama kata-kata dihatiku

Yakini aku Ya Allah!! Yakini aku dengan kata-kataMU..
"Tiada dugaan yang tidak dapat ditanggung oleh HambaNYA melainkan dugaan yang setimpal dengan kemampuan HambaNYA"
Kuatkanlah aku Ya Allah! Bantu aku Ya Allah!
Lindungilah aku Ya Allah..aku mohon!
setiap titis airmata yang jatuh hanya memohon keredhaan dariMU Ya Allah..
Tunjukkanlah aku cahayaMU..Ya Allah 



by: Anna Aisya (Pencaricahayaillahi)



Wednesday, March 21, 2012

Apa ERTImu..wahai MANUSIA??

apa erti hidup jika tiada agama
apa erti hidup jika tidak berpegang kepada agama
apa erti hidup jika sering melanggar perintahNYA
apa erti hidup jika tidak tahu untuk bersyukur
apa erti hidup sebagai manusia..?


Apa ERTI semua itu wahai makhluk ciptaan Allah yang bernama MANUSIA..?


apa yang engkau cari dalam hidup ini?
apa yang engkau mahu dalam hidup ini?
apa yang engkau fikirkan sepanjang hidupmu?




Pernahkah.....
engkau mencari Tuhanmu?


Pernahkah....
engkau mahu mengenali Tuhanmu?


Pernahkah....
engkau berfikir tentang Tuhanmu dan apa yang DIA perintahkan kepadamu sepanjang hidupmu?




hidup ini perjuangan
berjuang untuk beribadat
berjuang untuk mencari redhaNYA
berjuang untuk menjadi hambaNYA yang berjaya di dunai dan di akhirat kelak..


 


Renungkanlah wahai manusia...


selagi engkau bernafas..selagi itu DIA memberi engkau peluang untuk berubah dan beribadat kepadaNYA
kerana engkau tidak tahu bila masanya engkau akan dijemput pulang olehNYA...


wallahualam


by: Anna Ai Sya





Tuesday, March 20, 2012

La Tahzan.. ooh Hati..

Ya Allah..
hati ini terasa sangat sakit..
hati ini tersa sangat pedih
hati ini terasa sangat kecewa


aku ingin menangis Ya Allah
rasa ini seakan menikam-nikam hatiku
rasa ini seakan menghiris-hiris hatiku


dengan siapa aku ingin berbicara
siapa yang ingin mendengar tangisanku Ya Allah
aku sendiri di sini...


sakit ini tidak ada satu orang pun tahu
sakit ini tidak satu orang pun dapat memahaminya
sakit ini tidak satu oran pun merasainya


Ya Allah...
aku salah..salah kepadaMU
aku tinggalkan ENGKAU jauh dariku
aku tidak pedulikanMU


TAPI.....


ENGKAU...tidak
ENGKAU ada tika aku sendiri
ENGKAU tahu apa yang aku rasai
ENGKAU tidak pernah jauh dariku
ENGKAU tahu betapa sakitnya hati ini


Malah...


ENGKAU berikan aku ketenangan disebalik kesedihan yang aku alami
walaupun aku telah banyak melanggar perintahMU


Ampunkan aku Ya Allah!
Maafkan aku!
apa yang harus aku katakan?
aku malu pada MU..
Aku tersangat malu dengan apa yang telah aku lakukan kepadaMU..


TAPI...


ENGKAU masih beri peluang kepada aku untuk pulang kepada MU
ENGKAU masih beri peluang kepada aku untuk mencintai MU


Sedangkan aku hanya Hamba yang hina dan sangat kerdil di hadapan MU..


Sesungguhnya ENGKAU Maha Penyayang
sesungguhnya ENGKAU Maha Pengasih
sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui
sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun
Sesungguhnya dengan mengenali MU hatiku tenang


segala puji pujian hanya kepada MU..YA ALLAH


* ketahuilah tiada penawar yang paling mujarab diatas muka bumi ini untuk hatimu yang terluka..kecuali kembali kepada TUHANmu..sesungguhnya DIA Maha Mengetahui segala apa yang ada di hatimu wahai manusia..




by: Anna Ai Sya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...