HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Saturday, January 05, 2013

Cara menunaikan solat sunat dhuha


 
Greeting Text 
 hye...dah solat dhuha belum pagi tadi? hope hangpa semua dah tunaikan..agar dipermudahkan dan dibuka pintu-pintu rezeki yang ada..hanya kepada Allah swt je tempat kita nak bermohon rezeki.. ingat! Allah swt tu Maha Pemurah..minta jer kalau rezeki tu baik untuk kita insyaAllah DIA akan perkenankan..so.. Jangan risau bab2 rezeki ni sebab manusia lain tak boleh ambik Allah swt yg simpan..

k.. hari ni secara ringkas nak tunjukkan kepada sahabat-sahabat macam mana nak menunaikan solat sunat dhuha ni..apa yg kita kena buat dan bila.. check out di bawah.. ^^

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

 Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama


1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)      Membaca surah al-Fatihah

5)      Membaca Surah al-Qur’an
         boleh baca surah-surah seperti al-kafirun (rakaat 1) 
        al-ikhlas (rakaat 2)
         Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: 
    a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

.

    b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


6)      Rukuk

7)      Iktidal

8)      Sujud

9)      Duduk antara dua sujud

10)    Sujud kali kedua

11)    Bangun untuk rakaat kedua

 

Rakaat Kedua


1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir

3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

  Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali
4) Berdoa
 

 

Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

 

Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

  

*sumber sini

36 comments:

Anonymous said...

bila melaksanakan 4 rokaat apakah dia harus salam dua kali mohon di jelaskan kepad saya karna saya kurang memahami thaksss

Ai Syah said...

ya..solat sunat dhuha dibuat 2 rakaat..andai kata nak buat 4/6/8 atau 12 rakaat sekali pun perlu di buat 2 rakaat sehingga ckup jumlah yg kita nak.. faham ka? mf lmbt rply hrp dpt bantu.. ^___^

mirultebe said...

salam.. terima kasih kerana share.. :)

nabilah huda said...

Mohon shre ilmu ini diblog sy boleh?

Ai Syah said...

boleh...silakan ^_^

Ridzuan Nasir said...

Maaf sy krg phm..masa rakaat kedua tahiyyat akhir lalu salam dan bgn blik utk rakaat seterusnya?

Anonymous said...

Adakah wajib membaca doa semasa sujud terakhir itu?

AISYAMUSLIM said...

@Ridzuan Nasir ya..sehingga ckup bilangan rakaat yg kita nak buat ^^

AISYAMUSLIM said...

@Anonymous tidak..itu adalah perkara2 sunat, buat dapat pahala tak buat kita yang rugi ^^

wardah hana said...

Mohon penjelasan lg adakah masa kita bangun balik setelah selesai tahiyyat akhir rakaat kedua perlu niat semula

Anonymous said...

Soalan saya pun sama macam soalan yang wardah hana tanya tu.. mohon penjelasan.. TQ

supplement eshoppe said...

Mohon share boleh???

Anonymous said...

Ya. Itu dilakukan dgn setiap 2 rakaat. Slps bagi salam rakaat kedua bangun dan niat semula. Mcm sembahyang trawih tu..

mawar berduri said...

boleh saya tanya??bacaan doa semasa sujud rakaat ke 2 wajib dibaca atau tak??mohon penjelasan..

Anonymous said...

Bacaan pda rakaat 1 dan 2..nk baca surah yg mna 1?? 10x atau sekali jer???

Riduan Ramli said...

dibuat dapat pahala, xbuat kita yg rugi

Remi said...

ada blog cakap 1 salam, sini dua salam, macam mana nak pastikan kalau ada dua cara ni?
mohon jawab

NanaNadea Nasir said...

assalamualaikum nak tanya, kalau yg surah tu, mana2 surah pun boleh ke? asalkan surah alquran?

yatt abdullah said...

terima kasih sis ai syah. ilmu yg sangat berguna ;-). mohon share di blog sy juga ye

Anonymous said...

Nk tnya jgk...blh ke.cth...pg dh buat solat dhuha..lps tu smbg kerja...lps tu pukul 10 buat dhuha lagi...lps tu pukul 12 buat lg dhuha...ataupun kene buat terus x blh berhenti2

Anonymous said...

Nk tnya jgk...blh ke.cth...pg dh buat solat dhuha..lps tu smbg kerja...lps tu pukul 10 buat dhuha lagi...lps tu pukul 12 buat lg dhuha...ataupun kene buat terus x blh berhenti2

AISYAMUSLIM said...

boleh..krn dia tak tetap pun kata sekali nak buat terus 4/6 rakaat sekaligus..selagi tak habis waktunya..lg pula ia adalah sunat..

Anonymous said...

Assalamualaikum..
nak tanya kalau buat solat sunat dhuha lebih dari 2rakaat.. setiap 2rakaat salam diikuti dgn doa dhuha atau rakaat yg terakhir sahaja perlu doa dhuha??

Saleha Bari said...

assalamualaikum..waktu solat dhuha nie smpi pukul brapa??? kn solat fardhu zohor pukul 1 lebih..so smpi pukul 12 je ke????

Saleha Bari said...

assalamualaikum...nak tnya ckit..waktu solat dhuha nie sampai pukul brapa ???
selagi x masuk waktu solat zohor ke?? atau samapi pukul 12 je???

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM, IZINKAN SY KONGSI YE DAN SIMPAN.. TERIMA KASIH.. ILMU YANG BNYAK MANFAATNYA..SEMOGA KITE MENDAPAT KEREDHAAN DAR NYA.. AMIN..

Ahmad Danish Irfan Ahmad Haidar said...

Sy krg faham...kita niat shja aku menunai sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala...tp rakaat kedua slps tahyat akhir kita salam...pstu bgn blk tuk rakaat seterus nyer ke...contoh kalo nk wt 8 rakaat..bgmn dgn niat kita sebut 2 rakaat..tp kita mngrjakn smpai 8 rakaat...hrp tolong beri pnerangn...sy krg fhm...tq

AISYAMUSLIM said...

Kepada saudara Ahmad Danish Irfan Ahmad Haidar
syarat solat sunat dhuha cuma 2 rakaat sahaja.. contoh kalau nak buat 8 rakaat boleh tp solat 2 rakaat bg salam kemudian buat semula 2 rakaat bagi dan seterus sampai cukup 8 rkaat sama juga kalo nak buat 12 rakaat..tp mesti la niat utk 2 rakaat sahaja..jgn niat 8 rakaat terus..salah tu ^^ buat 2 rakaat 2 rakaat ya..wallahu a'lam

Ummi Waliuddin said...

assalammualaikum saudari... terima kasih atas perkongsian ilmu... sangat2 menghargai penerangan dari saudari tentang doa masa sujud... terima kasih sekali lagi

Anonymous said...

Terima kasih di atas perkongsian ilmu..

Ayima said...

Salam saudari saya nak bertanya sekiranya boleh bantu..sekiranya saya nak solat dhuha 4 rakaat..adakah di setiap dua rakaat tu saya nak kena niat solat empat rakaat untuk satu salam ke atau niat dua rakaat setiap satu salam..? Sekira tak keberatan tolonglah jawab...

Ayima said...

Salam saudari saya nak bertanya sekiranya boleh bantu..sekiranya saya nak solat dhuha 4 rakaat..adakah di setiap dua rakaat tu saya nak kena niat solat empat rakaat untuk satu salam ke atau niat dua rakaat setiap satu salam..? Sekira tak keberatan tolonglah jawab...

AISYAMUSLIM said...

wassalam ya saudari
solat sunat ada 2 rakaat saja
kalau cik nak buat 4 rakaat
cik perlu buat 2 rakaat 1 salam 2 rakaat 1 salam
sama juga kalau cik nak buat 6/8/12 rakaat sekalipun
moga dapat membantu cik
wallahu taala a'lam

Syuhada said...

salam sy nak tanya kalau sy buat solat sunat dhuha dua rakaat bacaan rakaat pertama surah al kafirun dan rakaat kedua surah al ikhlas shj boleh ke?

happy mariposa said...

Boleh je nak baca surah apa2 pun..takdak masalah..

happy mariposa said...

Tapi jangan pulak tak baca surah al-Fatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...