HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Tuesday, May 07, 2013

Cara Solat Sunat Taubat

Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah wa syukrillah..
Hari ni nak posting ilmu untuk sahabat kita yang minta tunjukkan toturial "Macam mana nak solat sunat taubat" ...Alhamdulillah..seandainya ada terdetik dihati kta nak bertaubat kepada Allah s.w.t atas dosa-dosa yang telah kita lakukan..sebagai manusia biasa yang lemah dan tak berdaya tak akan mampun untuk lari dari melakukan kesilapan..kesalahan dan keburukkan di atas muka bumi Allah ini.. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghapuskan segala dosa-dosa kita In Shaa Allah..Wallahu'Alam
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat :
 Diampunkan Allah SWT.
 Dimudahkan segala urusan.
 Menceriakan kehidupan seharian.
  Menghilangkan perasaan yang menekan.
 Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Cara Solat Sunat Taubat

1. Niat solat sunat taubat

2. Membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah-surah seperti dibawah:
   Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
   Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3. Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir)   iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada tuhan melainkan Dikau(ALLAH) Maha Suci Dikau!Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan yang aniaya (zalim).

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

 b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Semoga dengan tutorial solat ni dapat membantu sahabat-sahabat dalam meningkatkan mutu ibadah kepada Allah In Shaa Allah..tapi jangan bertaubat sekali jer lepas tu dah tak buat..kena faham solat taubat ni dilakukan apa bila kita telah berbuat salah atau dosa..Wallahualam.. (^____^)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Sumber rujukan  disini

50 comments:

yuyu said...

terbaek...

Ai Syah said...

@yuyu... terbaik (versi boboiboy) (^_^)

Anonymous said...

Terima ksih atas ilmu yg dikongsi bersma

Ai Syah said...

Sama-sama...semoga mendapat manfaat ^^

Anonymous said...

sy x pndai nk bc doa tu.. blh ke sy bdoa dalam bahasa melayu??

Ai Syah said...

Boleh kalo nak baca dalam bahasa melayu..

Anonymous said...

Nk tanya..klau xfasih baca doa taubat n kte nk gnti dgn baca maksud doa taubat boleh k?..

Anonymous said...

Klau doa taubat 2 kte gnti dgn baca mksud doa taubat 2 boleh...?

Ai Syah said...

ya boleh dan lebih elok baca dlm bahasa kita.. sebab kita lebih faham perkara yg kita ingin sampaikan.. ^^

Ai Syah said...

ya boleh dan lebih elok baca dlm bahasa kita.. sebab kita lebih faham perkara yg kita ingin sampaikan.. ^^

Deja Mohd said...

salam sis...
minta izin copy ye..
Syukran

Ai Syah said...

@Deja Mohdwaalaikumusalam.. sila2.. xminta izin pun xpa.. ^_^

Anonymous said...

assalamualaikum.,trime kaseh ats pngkongsian ilmu saudari

eynazamilah said...

Terimakasih.sangat2 membantu.mohon copy ya.

muhammad syazwan said...

Assalamualaikum, mntak maaf nk tnye sikit. Langkah 1 sampai langkah 5 tu mmg wajib kena ad ke masa buat solat taubat tu ? Andai kata sy terlepas beberapa step kt langkah 3 tu adakah solat taubat sy sah atau sebaliknya ??

muhammad syazwan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum, Penghulu Istighfar kalau kita baca sekali saja lepas solat taubat x pa tak

Anonymous said...

Assalamulaikum, Penghulu Istighfar kalu baca sekali saja lepas solat taubat bleh tak..terima kasih

nur bayu said...

terima kasih kerana sudi berkongsi

nur bayu said...

terima kasih kerana sudu berkongsi

Anonymous said...

Assalamaualaikun. Skdr ingin berkongsi. Jika kita tidak mampu utk menghafal doa dlm b. Arab atau maknanya sekalipun, tidak mengapa jika kita ingin berdoa dlm b. Melayu yg bkn terjemahan b. Arab. Asalkan kita benar2 ikhlas berdoa dan sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg kita tidak tahu. Terima kasih...

Anonymous said...

Salam sis, pasal taubat nh,kalau slps mlkukan solat taubat,tp slps tu kita buat lg. Lpas tu taubat lg, blhkah kita trus buat ?

AISYAMUSLIM said...

@Anonymous waalaikumusalam, boleh sgt..mmg mcm tu la caranya..bila kita buat dosa kita kena bertaubat.. kalau 5 kali buat dosa 5 kali kita bertaubat.. wallahualam

Anonymous said...

jika kita pernh melakukan maksiat dan dosa besar bersama kekasih kita ataupun terlanjur..bagaimana cara terbaek untuk mghapuskan dosa tersebut?? selain bertaubat ..perlukah berkhwin dgn kekasih kita tu utk mghapuskan dosa tersebut??

ummi said...

saya nak tanya..wajibkah kita membaca sura kafirun?? jika kita tidak hafal,bolehkah kita ganti dengan surah lain?

Anonymous said...

assalamu'alaikum dik aisyah...
akak minta kebenaran utk copy dekat words yer doa solat sunat taubat.
terima kasih..

Mizs DiLLa said...

salah satu blog kegemaran sy ..
hope lepas ni awk ada share lagi pekara2 bermafaat buat semua.. ;)

Anonymous said...

Mampu kah Allah trime mnusia teruk sperti aku ni? Apatah lagi jika umur ku tidak panjang.. Subhanallah.. trime ksih krana share..

Love hurt aeNnn said...

thanks for sharing. sangat berguna.

faezah jalil said...

comel nya belog awak...pink i like..saya ada terbaca kat blog lain jugak..boleh juga kita kerjakan sunat taubat setelah terbuat dosa..contoh macam tak tutup aurat..
Thanks for info sharing!

bella kenta said...

Akak nak tnye boleh tak ? Kalau nak baca dlam bhasa melayu start dari step 1 hngga 5 boleh ke ?

Anonymous said...

Trima kasih yang amat bermakna untuk saya

shikin ahmad said...

Terima kasih sahabat..

AISYAMUSLIM said...

sama-sama semua.. semoga ia bermanfaat utk kalian ^^

mrlelakiperkasa said...

Terima kasih..ilmu yang sangat berguna..semoga Allah merahmati ilmu yg admin kongsi.

Anonymous said...

assalammualaikum... ingin bertanya jika tak mampu zikir 40kali masa sujud tu boleh tak buat sekadar yang mampu? atas faktor kesihatan... terima kasih saudari...

AISYAMUSLIM said...

Bismillahirahmanirahim
Waalaikumusalam..
boleh..itu hanya perkara sunat yg menambah pahala ibadat kita
moga Allah menyembuhkan anda ^^ aminn

Ummi Waliuddin said...

alhamdulillah...terima kasih atas penerangan... in shaa Allah... aamiin... salam ukhwah dr sy...

Anonymous said...

Assalammualaikum cik,st nie buta jawi.. Malu pulak sy nak tny,mintak maaf.. Sy nk tny,sy buta jawi,kalau baca doa dlm rumi boleh ke? Macam mana kalau x ingat,boleh ke baca dikertas ketika solat? Maafkan sy jika soalan sy keterlaluan.. Sbb sy mmg perlukan jawapan cik.. Sy btl2 nk tahu.. Maafkan sy..

Nur Syuhaida said...

Salam . Sewaktu dalam sujud terakhir ke istgfar 40x tu ..

Nur Syuhaida said...

Salam . Maaf bertanya . Sewaktu dalam sujud terakhir tu kah kna istrgfar 40x tu ? Terima kasih

AISYAMUSLIM said...

wassalam..ya @Nur Syuhaida
istigfar tu dibaca ketika sujud terakhir ^____^v

Aisah Abdul Thani said...

Perkongsian yg amat bermakna. Teruskan satu usaha yg murni dan bermanfaat

Unknown said...

Terima kasih berkongsi ilmu yg bermanfaat..

Venus Gee said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat... alhamdulillah..

marissaislam said...

Alhamdulillah.. semoga Tuan punya blog ini mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ameen..

Unknown said...

Assalammualaikum....sy nak tanya kalau tak tau nak baca macam mana nak buat?

unknowon. said...

Assalamualaikum...saya nak tanya.. selepas kita solat Taubat (Nasuha), kita main gajet lagi macam mana??
terima kasih

Najwa Azhar1901 said...

Assalamualaikum...saya nak tanya selepas kita solat Taubat,boleh ke kita main gajet contohnya dengar lagu yang membuatkan kita lalai tentang solat?
saya nak tanya jugak yang lepas kita solat Taubat, kita perlu ke meminta maaf kepada semua orang yang kita buat salah?
maaf banyak soal...
terima kasih

Zulfadhli Syafiq said...

Assalamualaikum muslim dan muslimah,
mau tanya, sekiranya kita solat saja kemudian istigfar biasa dan doa adakah sah hal taubatnya itu (sedangkan siperilaku menyesal dan berjanji tidak mengulangi perbuatan salah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...