HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Tuesday, July 30, 2013

Part 1: Surah-surah Al-Quran

Ahlan wasahlan untuk sahabat-sahabat semua.. alhamdulillah hari ni aisya nak kongsi/Share surah-surah yang boleh kita baca di dalam solat.. tak kisahlah pendek ataupun panjang.. sebagai rujukan dan juga hafalan..InsyaAllah.. Selamat Beramal!
 
SURAH AL-FATIHAH
http://www.masjidsultanyussuf.com/wp-content/uploads/2011/12/Image-2-surah-Al-Fatihah.jpg 
Maksudnya:
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
3. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
4. Yang menguasai hari pembalasan
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus 
7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat


SURAH AN NAAS
 
SURAH AL FALAQ
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/01/surah-al-falaq.png

SURAH AL IKHLAS
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/surah-al-ikhlas.png 
 
SURAH AL MASADD
http://fauzanibrahim.files.wordpress.com/2008/02/al-masad.jpg?w=510
[1]  Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
[2]  Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
[3]  Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
[4]  Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
[5]  Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
 
SURAH AN NASR
http://1.bp.blogspot.com/-tvcqpSPTu-g/UVnNLZEqUvI/AAAAAAAAASI/rAB-L_NmjPE/s640/Surah+An-+Nashr.jpg 
[1]  Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]  Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]  Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. 

SURAH AL KAFIRUN
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/surah-al-kafirun.png 
 
SURAH AL KAUTHAR
http://4.bp.blogspot.com/-HuHQR319Lbs/UQftVjvN-2I/AAAAAAAAEMY/EEa3hNBJ-SA/s320/Al-Kautsar.jpg
[1]  Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]  Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]  Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). 
 
SURAH AL MAUN
http://1.bp.blogspot.com/-rrSEVk9P1Lo/TztVX7w9VGI/AAAAAAAABsg/0hM3MZWqINQ/s320/Warsh_Quran_Surah_Maun.jpg
[1]  Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]  Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]  Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]  (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]  (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]  (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]  Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
 
SURAH QURAISH
http://shortsuras.com/i/text/6.png 
[1]  Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
[2]  (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
[3]  Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4]  Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. 

.....

Solat sunat awwabin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah hari ni nak buat sedikit posting mengenai toturial solat sunat iaitu solat sunat awwbin.. apa tu solat sunat awwabin?
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.

Fadhilat Solat Sunat Awwabin
"Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

 Doa Sebelum Solat
Sebelum kita nak menunaikan solat sunat awwabin ni..kita disunatkan untuk membaca doa berikut:
  

CARA MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT AWWABIN
 
Lafaz Niat 

"Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."

ATAU 
 
"Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."
  
Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah surah-surah berikut pada kedua-dua rakaat:
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

1. Surah al-kafirun   1 kali
http://3.bp.blogspot.com/-yPISt7K8HhQ/Tyi5isSnorI/AAAAAAAAAJA/lEP5p5lipTw/s640/Surah+Al-Kafiroon.gif

2. Surah al-Ikhlas  6 kali
http://3.bp.blogspot.com/-L5-EZKoKt34/TzqPU22hWkI/AAAAAAAAAys/phLAEu8uWvw/s400/Surah+Al-Ikhlas.gif 

  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
 
"Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!"
  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
 
 "Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar."

  bacalah doa berikut:
 
"Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!"

Sumber rujukan:sini 

Wednesday, July 24, 2013

flora background

https://lh6.googleusercontent.com/_xBRB7Tc7HjE/TWEKJbqjwxI/AAAAAAAAAVA/mGP0JpDf7rQ/s800/pbg014-flower-2.png
 
 
https://lh4.googleusercontent.com/_xBRB7Tc7HjE/TWEKJYgx-DI/AAAAAAAAAVE/y1NLwqf6X_A/s800/pbg014-flower-3.png
 
 
https://lh4.googleusercontent.com/_xBRB7Tc7HjE/TWEKQx7vKfI/AAAAAAAAAVQ/uW6eojBc0Ds/s800/pbg014-flower-6.png
 
 
https://lh4.googleusercontent.com/_xBRB7Tc7HjE/TWEKJnREWDI/AAAAAAAAAVM/cBnYX6QytkE/s800/pbg014-flower-5.png
 
 
https://lh6.googleusercontent.com/_xBRB7Tc7HjE/TWEKJfR7pZI/AAAAAAAAAVI/VW8jnL6V_oM/s800/pbg014-flower-4.png
 

Wood Background

 
http://2.bp.blogspot.com/-glzpkui3IGY/TvQnqa0mRlI/AAAAAAAAEp8/alzL9FE56oQ/s1600/wood1.png
 
 
http://2.bp.blogspot.com/-SiUwtIKY23k/TvQnx6Wnr-I/AAAAAAAAEqI/DUpY4afuOC4/s1600/wood6.png
 
 
http://2.bp.blogspot.com/--3z7n_2zgbM/TvQn8tvNBZI/AAAAAAAAEqU/PHMevk24Y-o/s1600/wood2.png
 
 
http://1.bp.blogspot.com/-2IRkhX6DtLY/TvQoDwGex2I/AAAAAAAAEqg/jLjwCNLvDSc/s1600/wood4.png
 
 
http://2.bp.blogspot.com/-pnwGWPuiurg/TvQoLb7xveI/AAAAAAAAEqs/A6wwDkgH0VI/s1600/wood3.png
 
 
http://3.bp.blogspot.com/-zQAT0RycFdU/TvQoSQuqxwI/AAAAAAAAEq4/AbnVoizrocM/s1600/wood5.png
 

Polka dot background

 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkapink.png
 
 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkablue.png
 
 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkapurple.png
 
 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkaorange.png
 
 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkagreen.png
 
 
http://i1196.photobucket.com/albums/aa406/tieqaonew/polkabrown.png
 

Love "Ana & Enta"

Kisah pertama: SMS

Muslim  : Assalamualaikum.. asif minta maaf kalau ana mengangu..
Muslimah : Waalaikumusalam..tak mengapa, ada apa akh?
Muslim  : Ana sebenarnya berkenan dengan anti. Bolehkah sekiranya ana jadikan anti sebagai isteri ana?
Muslimah : Asif akh..ana belum lagi bersedia untuk jadi seorang isteri.
Muslim  : Kalau macam tu, ana akan tunggu bila anti sudah bersedia (tersenyum)
Muslimah : ..Lailan saidah (Selamat malam)

Hari demi hari..

Muslim  : "Dia adalah orang yang apabila kita memandang wajahnya, hatinya menjadi gembira dan senang.    Siapakah dia? Usah menjeling-jeling memandang orang, tetapi jadilah insan itu..Selamat malam ukh.
Muslimah : (tersenyum) Syukran...Selamat malam akh.
Muslim  : Afwan..selamat malam..jangan terlupa bangun tahajud
Muslimah : Baiklah, kalau ana tak bangun enta kejutkan ya?

Bulan berganti Bulan

Muslim  : Selamat pagi, ana harap enti selalu sihat. Enti dah makan? Jom ana belanja.
Muslimah   : Tak mengapalah akh..nanti apa pulak orang kata
Muslim  : Enti ada hujah kenapa tak boleh? kita bukan buat maksiat..kita tak pegang-pegang tangan..kita bukan macam orang lain.
Muslimah  : Baiklah..ana nak siap2 dulu
(First date : Pemerah pipi dan minyak wangi dicalit)

Tahun berganti tahun

Di facebook muslimah..penuh dengan kata-kata islamik dan d 'like' oleh jejaka. saling berbalas komen dan bergurau senda. Akirnya menjadi buah mulut sahabat-sahabat dan teman rapat. Bila keadaan semakin teruk, masing-masing saling diingatkan oleh sahabat-sahabat. Namun, waktu cinta makin membuas tiada apa yang boleh menghalang dan merubahnya melainkan diri sendiri.

sudah berani calling malam-malam..

Kemuncak Cerita

suatu hari, muslim itu ke rumah gurunya untuk mendalami ilmu agama. saait itu, dia susah untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran, susah untuk faham apa yang di ajar.

Muslim  : Ustaz, Kenapa dengan ana ustaz..
Ustaz : Kamu kenapa?
Muslim  : Hati ana seperti menolak ilmu yang ustaz ajar..Ingatan susah untuk menghafal ayat suci Al-Quran.
Ustaz : (Sambil tersenyum) ilmu itu cahaya..Kenapa enta rasa tak boleh faham apa yang ana ajar..enta sendiri yang perlu tanya hati enta. Adakah hati enta sentiasa digilap dengan amalan yang ikhlas kerana Allah? Adakah hati kita ini bersih dari perkara maksiat?
Muslim : (Terbayang wajah muslimah itu..alalu dia menunduk).."Ya Tuhan, ampuni aku.." (mengalir air mata)
Ustaz  : (sambil menyentuh muslim itu) jauhkan hati dari perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada maksiat. Kelak hati akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Dengan itu, ilmu tidak senang untuk menembusi hati yang gelap.

"wahai anakanda..hadirlah ke majlis-majlis ilmu para ulama' dan lazimilah duduk bersama mereka (mendengar pengajian) kerana sesungguhnya hati sanubariitu akan hidup dan sihat dengan ilmu pengetahuan seperti suburnya tanah yang disirami air hujan"

Muslim  : Ya Tuhan, aku menyimpang dari syariat MU yang sebenarnya..Selamatakanlah aku kembali menyusur di jalan yang Engkau redhai.Tahajudku tak bermakna kerana niatku untuk wanita. Ya Allah...



:- Tak kira muslimah @ perempuan..hati in perlu kuat sekali katakan tidak...katakanlah ia dengan tegas..tegas dalam diri..yakin dengan prinsip dan syariat  Allah swt..Pasti akan ada yang terbaik buat kita..Insya Allah.
:- Muslim @ Lelaki : Kalau tak nak memperisterikan..usah usik hatinya..Mangsa cinta nafsu.

Tutorial : Centerkan Post Title


anime and gif image

hari ni nak ajar anda semua toturial macam mana nak centrekan post title


1. masuk blog - Design - Edit HTML - Tick expand widget template

2. cari kod di bawah niey



]]></b:skin>



3. paste kan kod di bawah niey di atas kod yang cari tadi


h3.post-title { text-align:center; }



Tuesday, July 23, 2013

Tip hijrah: berubah kearah yang lebih baik..


 
 Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah wa syukrillah hari ni sudah sampai 7 ramadhan..sudah seminggu kita berpuasa..harap2 sudah banyak amalan sepanjang 7 hari ni InsyaAllah..
Okey..Alhamdulillah hari ni aisya dapat juga "online"..dan update blog yang bersawang ni..tiba-tiba teringat zaman muda-muda dulu..zaman tak ada lampu penerang dalam hidup gelak gelita ja..alhamdulillah sekarang sudah cerah benderang..kebetulan aisya ada juga baca pasal tip nak berhijrah..jadi hari ni aisya nak buat posting pasal tip atau cara nak berhijrah menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sebelumnya..InsyaAllah..
 
1. Niat
Dalam apa jua keadaan yang hendak kita lakukan mesti akan didahulukan dengan niat. niat untuk berhijrah mestilah tulus dan ikhlas hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah swt. InsyaAllah dengan niat yang baik mesti akan mendapat pertolongan daripada Allah swt. tapi kalau kita cuma berniat untuk tunjuk menunjuk mesti ia tidak akan kekal lama.
 
2. Tetap Matlamat (Target)
Dalam apa jua kita nak buat atau nak capai kena ada matlamat..dalam konsep hijrah ni kita kena letakkan satu matlamat dalam diri kalau boleh biarlah matlamat tu matlamat jangka panjang.. supaya kita boleh terus istiqomah dengan niat kita untuk berhijrah. matlamat yang aisya maksudkan disin contohnya jangan sesekali mengulangi perbuatan di masa lampau..mungkin boleh buat rujukan atau iktibar disebalik kisah hidup kita yang dulu tetapi jangan ulang atau buat balik apa yang telah kita buat dulu..Matlamat yang akan melaksanakan niat..yang penting ikhlaskan hati kerana Allah swt.
3. Cari Suasana yang Baik atau Rakan yang Baik
Apabila kita berhijrah maksudnya kita meninggalkan yang buruk dan mengambil yang baik..jadi di situ kita kena ada daya usaha sikit..okey maksud aisya..bila kita nak berhijrah atau nak berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni kita kena cari sesuatu yang boleh membantu kita dalam menguatkan lagi perubahan ni..contohnya cari suasana islamik, cuba libatkan diri dengan majlis2 ilmu, usrah dan hadiri forum2 agama di tempat awam ataupun di masjid..
Dari situ mungkin kita boleh mengenali saudara-saudara dan mengeratkan lagi silaturahim.. selain dari tu banyak bertanya tentang ilmu agama kepada mereka yang lebih tahu dari kita dan banyak membaca..
 
4. Cari Guru Yang Benar
benda ni banyak berlaku pada zaman sekarang bagi mereka yang baru nak belajar tentang ilmu agama..kadang-kadang ada yang silap guru..ni hanya peringatan kerana sekarang aisya tengok banyak benor ajaran sesat..jadi kepada sahabat2 tolong berhati-hati..okey.. ingat! kita cuma ikut AHLI SUNNAH WA JAMAAH sahaja..
 
5. Bersabar dengan Cemuhan
Makhluk mana diatas muka bumi Allah swt ni tak diberikan ujian dan dugaan..
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3) 
jadi hidup ni kena sentiasa bersedia dengan apa jua jalan yang kita pilih dan setiap jalan yang dipilih tu pasti ada ujian dan dugaan..untuk menguji tahap keimanan kita..yang penting kita jangan takut dan sentiasa yakin dengan Allah swt.. Allah swt tak akan bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi..ujian dan dugaan yang diberi tu adalah mengikut tahap kemapuan kita yang penting kena yakin.. Jangan peduli dengan orang yang menghina atau mencemuh kita..Ambil yang positif dan tinggalkan yang negatif..

6. Berdoa Kepada Allah swt
Doa adalah senjata orang islam..berdoalah kepada Allah swt mohon kepada DIA agar sentiasa diberikan hidayah dan pertunjuk serta kekuatan dalam menempuh ujianNya..dan bukakan lah hati2 mereka lembutkanlah hati2 mereka untuk menerima perubahan diri ini..Allah swt lah sahabat yang paling dekat dengan kita..DIA tahu apa yang ada dalam hati kita sebab DIA yang mencipta kita..

Jadi kepada semua sahabat2 aisya dan diri aisya jugak..kena sentiasa muhasabah diri tengok dan pandang diri apa dosa hari ni yang telah kita buat..scan habis2 dan pohon keampunan kepada Allah swt..kita manusia memang selalu lalai dan leka..takkan pernah lari dari melakukan kesilapan demi kesilapan tapi Allah swt Maha Pengampun..jangan penat untuk mohon keampunan dariNya..okey harap dapat membantu diri sahabat dan diri aisya sendiri..InsyaAllah..Caiyok!! Caiyok!! ~heee ^_^
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...