HOMEY TUAN BELOG POSTING TUTOSOLAT DOA SIRAH FREEBIES TUTOBLOG MYPROFILE

Thursday, August 22, 2013

AKU MUSLIMAH - Part 1

gif image

Hari ini cerah menderang memancarkan cahaya keseluruh bumi, aku melihat matahari pagi tersenyum indah kepada manusia menyatakan hari ini hari yang indah. Ni kisah pasal aku NUR ZULAIKA BT DATO’HERMAN. Hari isnin mula kembali ke sekolah selepas cuti selama dua hari, macam biasa aku kalau hari isnin mesti bangun lewat ingat nak lanjutkan mimpi tapi.....................................................
“Zulaika!!!!! Bangun!!” itulah suara yang membantutkan aku untuk terus lanjutkan mimpi-mimpi indah. Hmmmmmm..........dengan malasnya aku bangun dari katil. Belum sempat nak menjejakkan kaki ke lantai aku terus disapa mesra oleh seseorang.
“Zulaika.....bangun! tengok sekarang dah pukul berapa...cepat bangun!!
“Yela....orang bangun la ni mama..” kata aku, kalau nak tahu wanita yang aku panggil “mama” ni mak yang paling aku sayang nama dia Datin Fatimah. Mama aku ni seorang yang banyak cakap dan suka berleter tapi hati dia baik.
Sambil aku berjalan nak pergi bilik air pun kena dengar ceramah pagi dulu sampai aku tutup pintu bilik air baru rasa senyap je..hehehehehehe senyum sendiri aku dalam bilik air.
Beberapa jam kemudian......
Siap sahaja aku pakai baju sekolah dengan sikat rambut agar kemas aku terus turun bawah, aku ni jenis yang malas nak bersiap macam perempuan nak kena bedak sana bedak sini style aku simple je sikat rambut habis cerita. Disebabkan rambut aku pendek jadi cepat la aku siap.
“Zulaika...kamu potong rambut lagi ke?” belum sempat aku nak melabuhkan punggung atas kerusi dah kena point dengan mama aku. Hmmmmm..............
“Ye mama....” ringkas je aku jawab
“Kamu ni...nak jadi apa la, nak jadi lelaki ke? Kamu tu perempuan buat la perangai macam perempuan sikit..nanti orang tanya anak dara mama..mana malu mama nak tunjuk kalau dengan rambut kamu macam ni” panjang lebar mama aku berleter mengalahkan Dato’ Fadzilah Kamsah.
“Emah...apa yang bising ni?” tiba-tiba muncul, penyelamat aku..ni ayah aku yang hensem bergaya nama dia Dato’ Herman.
“Awak tengok la anak dara awak ni...” kata mama sambil menunjuk kearah aku.
Ayah aku dengan selambanya memerhatikan aku dari atas sampai bawah.
“Tak ada papa pun yang pelik dekat anak saya yang comel ni” jawab ayah aku
“Abang!!! Tengok betul...betul” kata mak aku lagi dengan bersungguh-sungguh
“Apa? Saya tak faham maksud awak emah” ayah bagaikan buat-buat tak tahu benda sebenar yang cuba ditunjukkan oleh mama aku.
“Tu...rambut zulaika”
“Laa...rambut ke, abang ingat apa tadi..kenapa dengan rambut ika?” Tanya ayah aku lagi sambil memengang rambut pendek aku.
“Abang anak kita tu perempuan bukan lelaki macam abang-abang dia”
“Biasa la tu budak muda-muda...nanti panjang la rambut tu” dengan selambanya ayah aku berkata dan duduk di tengah-tengah meja makan, sebab itu la aku gelarkan ayah “penyelamat aku”.
Yang aku pula duduk dekat meja makan tu macam tunggul dengar mak ayah aku berbahas, dari aku makan sampai habis pun mak aku berleter lagi.
“Mama..ayah..ika dah lambat ni nak pergi sekolah, ika pergi dulu ye” aku menyalam tangan kedua orang tua aku dengan pantas aku memecut keluar dari perkarangan rumah menaiki Skuter Nouvo.

Itu la keluarga aku kalau korang nak tahu, mak aku banyak cakap ayah aku pula lebih kurang je. Aku ada tiga orang abang dan seorang kakak sulung tapi dah berkahwin, aku ni anak yang kelima anak bongsu la katakan..hehehehe tapi tak best macam mana pun parents aku layan sama rata tiada pilih kasih. Family aku ni lebih kurang macam orang kaya juga la sebab ayah aku bergelar “DATO” tapi tak la berlagak macam orang lain..apa-apa pun kalau korang nak tahu cerita selanjutnya kena la baca lagi.
Tepat pukul 7.30 pagi aku sampai sekolah, nasib baik pelajar baru turun nak buat perhimpunan pagi kalau tak nama aku mesti naik pangkat sebagai pelajar datang lewat. Macam biasa berbaris ikut kelas, aku kelas sains tulen nama kelas aku 5 perdana. Kalau korang nak tahu aku ni rock sikit tak pakai tudung hehe..alaaa sekolah dekat KL relax je.
“Hai...awal datang hari ni?” pagi-pagi lagi dah disapa orang, kalau macam ni tiap-tiap hari kan bagus.
“Woii.....tidur lagi ke?” kejut Diana..diana ni member perempuan aku, dia ni lasak sikit sembang je dengan dia mesti kena pukul punya sakit pulak tu.
“Apa hal kau...diam la nanti kena marah dengan pengawas baru tahu” kata aku, alaa macam budak baik la pulak...hehehe Diana hanya menjeling kearah aku dan aku balas balik la apa dia buat. Macam tu la kami berdua...

Habis saja perhimpunan pagi semua pelajar masuk kelas masing-masing, kelas aku dekat bawah jadi cepat la aku sampai kelas. Masuk je dalam kelas aku terus duduk dan letakkan buku di hadapan kepala dibawah....buat apa lagi tidur la hahahaha tambah lagi bila tadi ada pengumuman yang semua guru ada mesyuarat pagi selepas perhimpunan...hooray!!! boleh aku tidur lama sikit.
“Oit...kau ni kan masuk je kelas tidur la kerja kau ye...kau ni tak ada kerja lain ke?”
“Latihan kimia kau dah siap ke?”
“Fizik...?”
“Matematik tambahan..?”
“Dah siap ka..?” bertalu-talu soalan diorang dekat aku sambil gelak pulak tu macam la aku ni malas sangat sampai tak buat kerja sekolah desis aku dalam hati yang agak berang la, dari aku bercadang nak tidur terus tak jadi. hmmmmm.............malang betul.
“Oi...kau dengar tak?” Tanya lagi
“Dengar la....aku dengar, semua kerja rumah tu aku dah siap...tak percaya tengok ni” dengan bangganya aku menunjuk hasil kerja aku dekat diorang. Member-member aku semua terkejut sebab diorang yang cabar aku buat semua jadi aku buat la..disebabkan kerja sekolah tu jugaklah aku tidur lewat.
“Betul ke kau yang buat ni ika..?” Tanya diorang minta kepastian aku hanya hanggukkan kepala je sebab dah malas nak bersuara yang aku tahu aku mengantuk.
“Dah sekarang korang pergi main jauh-jauh aku nak tidur...suhhhhh....suhhhhh” belum sempat aku nak letak kepala semula ada ja suara yang memanggil aku.
“Apa lagi.....?” kata aku
“Tengok tu....ada tetamu la ika” tunjuk Diana sambil tersenyum kearah perempuan yang paling aku menyampah dekat sekolah ni.

Dengan gaya dia yang menyampah tu melangkah masuk ke kelas aku sesuka hati makin menyampah dalam hati aku ni. Macam mana pun aku kena introduce dia dekat korang juga walau pun menyampah nanti korang tak tahu siapa dia, nama dia Tasya Amira orang sekolah panggil tasya, dia ni boleh dikatakan top juga la dekat sekolah. Nak kata cantik tu boleh la aku comel lagi....hahahahaha menyampah!
“Hai korang semua......” dengan selambanya dia dihadapan sambil melambai-lambai tangannya. tak malu betul minah ni...ishhh...ishhh
“Ehhhh...korang rasa macam dengar burung gagak bercakap tak...” kata aku yang tadi berangan-angan nak tidur terus bangun dan bersemangat nak sekat minah tu. Tasya menjeling kearah aku...ada aku kisah ke aku dua kali ganda boleh jeling balik la.
“Kau jelous ke! well...well kau tu zulaika kalau nak bercakap tengok diri kau dulu..okey” kata tasya sambil gelak mengada dan disertakan dengan beberapa member dia dekat belakang..member sokongan la katakan.
Semua pelajar dalam kelas aku hanya tersenyum tengok kami berdua bertelingkah ada yang tak kisah, ada jugak yang bertepuk tangan dan macam pertandingan bahas ala parlimen la pulak. Aku terus bangun dengan perlahan-lahan aku menghampiri tasya.
“Cik tasya yang tak berapa cantik...aku cantik lagi, ikut suka aku la nak bercakap dengan siapa pun..kau siapa nak tegur aku. Satu lagi..kau tak payah la buat Road Show dalam kelas aku..menyampah!” dengan senang hatinya aku gelak besar..merah padam muka dia tahan malu. Dengan pantas dia berlari keluar dari kelas.
“Ehhh....marah ke...cik tasya jangan cepat marah nanti berkedut muka tu...hahahahahaha” sambil aku bergelak besar aku melabuhkan punggung di kerusi. Member-member yang lain cuma mengelingkan kepala tengok perangai aku yang tak reti-reti nak berubah.
“Apa la minah tu...masuk kelas orang buat bising” kata aku dengan ketawa yang masih bersisa.
“Kau ni kan..bila nak belajar jadi perempuan sejati..haah!” Anuar memotong kata-kata aku, dia ni member lelaki yang paling aku rapat. Berdersing telinga aku bila si anuar kata macam tu.

Anuar hanya tertawakan aku bila dia melihat wajah aku mula berubah menjadi masam, tapi aku tahu anuar melawak je dia memang lelaki gentle sikit suka buat bagus depan perempuan. Kadang-kadang aku pun tergoda tengok kehenseman anuar tapi dia ni playboy buat apa jatuh hati dekat dia tak guna juga kawan boleh la. Daripada aku bertengkar dengan anuar lebih baik aku sambung tidur yang terkendala tadi. Belum sempat aku lelapkan mata, kelihatan Cikgu Azam guru bahasa melayu menyusul masuk dengan kelam kabut.
“Assalamualaikum..cikgu” Ucapan sapaan daripada ketua kelas di susuli dengan semua pelajar kelas 5 perdana.
“Waalaikumusalam..duduk semua” Balas cikgu Azam.
Semua pelajar duduk seperti yang diarahkan..
“Baiklah hari ni..cikgu akan bagi tugasan kepada kamu semua” Terang cikgu azam sambil mengedarkan helaian demi helaian kepada semua pelajar mengenai tugasan yang akan dibuat pada hari ini. Dan aku..terbeliak biji mata bila aku membaca arahan tugasan yang sebentar tadi diberi oleh cikgu azam.
“Mak oiii…..panjangnya nak kena karang 365 patah perkataan, tugasan apa ni…” Kata aku yang masih buntu dan samar-samar dengan tugasan tadi.
“Tugasan ni diwajibkan kepada semua pelajar tingkatan 5, Cuma tajuk bagi setiap kelas adalah berbeza-beza seperti kelas kamu lebih menjuruskan kepada kepentingan sains, jadi berlandaskan ilmu pengetahuan dan apa yang kamu faham bersamaan dengan fakta yang benar kamu perlu mengarang sebuah karangan yang tidak kurang daripada 365 patah perkataan..tugasan ni perlu dibuat secara manual maksudnya menulis menggunakan tangan bukan computer..faham!” panjang lebar cikgu azam menerangkan tugasan hari ni..

“Cikgu..semua pelajar memang kena buat ke tugasan ni” tanya aku..
“Ya…wajib!! Dan kamu zulaikha..tolong perbaiki karangan kamu, saya tak mahu tengok karangan budak sekolah rendah atas meja saya pada hari isnin minggu depan..kamu faham!”
“faham..” tu sebab aku tak minat bahasa melayu dapat pun cukup makan dan lepas dari gagal sudah..aku dah mula berang sorang diri..gila apa~desis hati aku.. confirm kali ni aku failed..macam mana ni.. susah hati aku dibuatnya

Bersambung.........................

Wahai hati yang hiba....

 
Ust. Apa patut kita lakukan untuk hati yang hiba, harap penjelasan ust untuk selesaikan masalah saya ini.

Jawapan

Setiap manusia yang dijadikan Allah dibekalkan dengan akal dan emosi agar manusia boleh menjalankan kehidupan dengan sebaik yang mungkin. Emosi perlu dikawal oleh akal dan akal pula perlu dikawal oleh iman. Jika ketiga-tiga ini ada di dalam diri manusia, maka sudah pasti ia akan menjadi manusia yang baik dan soleh. Bergantung kepada cara individu tersebut untuk mengawal emosinya agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam keadaan normal. Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan menjadi sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contoh yang dapat kita lihat sekarang seperti ramai umat Islam yang sanggup membunuh diri kerana kekecewaan yang sangat. Ada pula yang sanggup membunuh atau mencederakan orang lain kerana terlalu marah. Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah tentu orang yang sedih akan pasrah kerana ia tahu bahawa itu adalah ketentuan Allah dan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

Hati yang hiba tidak boleh kita hapuskan dan ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan kepada manusia. Caranya untuk mengawal hati yang hiba ini ialah kembali kepada Islam seperti yang saya tegaskan di atas. Islam mempunyai penawar yang mujarab bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Hal ini sangat berbeza dengan agama-agama yang lain kerana mereka tidak ada asas pembinaan rohani kepada setiap umat mereka.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra : 82)

Seorang lelaki datang berjumpa dengan Ibnu Mas’ud. Dia mengeluh dan berkata “Wahai Ibnu Mas’ud nasihatilah aku dan berilah penawar untuk jiwaku yang gelisah ini, aku tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiran aku bercelaru. Ibnu Mas’ud menjawab “kalau begitu bacalah Al-Quran atau engkau mendengar orang membaca Al-Quran.

Mengunjungi Tempat Pengajian

Mengunjungi tempat pengajian juga merupakan cara untuk mendidik jiwa agar mengenali dan sentiasa mengingati Allah. Tidak rugi orang yang sentiasa mengunjungi tempat pengajian, kerana di dalam pengajian tersebut dipenuhi dengan nasihat, ilmu, ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Ini bertujuan untuk mendidik nafsu dan emosi kita agar sentiasa bertindak mengikuti kehendak Allah dan tidak menyalahi syarak. Menuntut ilmu adalah amalan yang sangat baik dan sangat dituntut oleh Islam dan ia juga merupakan fardu ain bagi sekalian umat Islam.

Telah Berkata Muadz bin Jabal : “Pelajarilah Ilmu, karena mempelajari ilmu merupakan bentuk Khosyah (takut) kepada Allah, Menuntutnya adalah ibadah dan mempelajarinya secara bersama-sama adalah tasbih”.

Jelas di sini, orang yang rajin menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu, seolahnya ia sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah. Segala kepayahan, kesukaran dan kesedihan yang dihadapi olehnya akan terubat dan ia tahu bagaimana untuk bertindak sesuai dengan tuntutan Islam. Ini berbeza dengan orang yang tidak menuntut ilmu, kerana mereka sering melakukan kesalahan dalam tindakan mereka dan kadang-kadang ibadah yang dilakukan juga silap. Perkara sebegini sangat bahaya dan sangat merugikan orang yang tidak berilmu.

Sentiasa Berzikir

Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

Jika ia berjalan tersepak batu mulutnya terus menyebut “Allah Akbar”, setelah kekenyangan dia menyebut “Alhamdulillah”, apabila ia terperanjat atau melihat sesuatu yang menakjubkan dia menyebut “Subhanallah”. Inilah yang dikatakan orang yang memiliki hati yang hidup dan sentiasa mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad : 28)

Mengerjakan Solat

Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Baihaqi)

Berkata Dr. Musfir Bin Said Az-Zahrani bahawa solat adalah satu nama yang menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, hamba seolah berada di hadapan Tuhannya dan dengan penuh kekhusyukannya memohon banyak hal kepadaNya. Perasaan ini akhirnya boleh menimbulkan adanya kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri di kala ia mengerahkan semua emosi dan anggota tubuhnya mengarahkan kepadaNya dengan meninggalkan semua kesibukkan dunia dan permasalahannya. Pada saat solat ia boleh sepenuhnya memikirkan Tuhannya tanpa ada interaksi dari sesiapa pun hingga pada saat itulah ia merasakan ketenangan dan akalnya pun seolah menemukan waktu rehatnya.

Jelas di sini, bahawa solat adalah sebahagian dari terapi yang boleh mengubati jiwa seseorang yang berada di dalam keadaan hiba. Semasa mendirikan solat, seseorang itu harus mengosongkan jiwa dan raganya untuk member sepenuh tumpuan kepada Allah. Segala yang berlaku sebelum solat telah diredhokannya kerana ia hendak memfokuskan seluruh hatinya kepada solat dengan harapan mendapat khusyuk kepada Allah. Secara tidak langsung, kita tidak mempunyai perasaan iri hati dan dendam kepada sesiapa yang melakukan masalah kepada kita kerana telah redho kepada ketentuan dan ketetapan Allah. Dua perkara yang dapat kita hindar setelah menunaikan solat iaitu perasaan hiba atau kecewa dan perasaan ingin melakukan kejahatan yang jelas dilarang oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Al-Ankabut : 45)

Amat rugi bagi orang yang mendirikan solat secara sambil lewa tanpa ada semangat untuk melaksanakan solat dengan baik sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat yang tidak sempurna diibaratkan seperti kain buruk dan kain itu akan dicampakkan oleh Allah ke muka kita apabila dihari perhitungan nanti.

Bersangka Baik Kepada Orang

Salah satu sifat yang disarankan oleh Islam ialah bersangka baik kepada orang lain (husnuzon) dan ia adalah salah satu dari sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Punca timbulnya  rasa tidak tenang kepada orang lain adalah kerana kita mempunyai perasangka yang tidak baik kepada orang lain sehingga menyebabkan hubungan kita dengan orang tersebut tidak selesa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Selain dari itu, hubungan persaudaraan sesama Islam menjadi lebih baik dan lebih inteam di antara satu sama lain. Ini berlaku adalah disebabkan oleh perasaan yang bebas dan hati yang terbuka dari sebarang sikap dan sifat yang buruk terhadap saudaranya yang lain. Segala kesalahan dan teguran dari orang lain akan dinilai olehnya dengan positif, jika teguran itu baik menuruti lunas-lunas undang-undang Islam akan diterimanya dengan tenang. Manakala yang tidak menepati kehendak Islam akan ditolaknya dengan alasan yang baik dan terbuka. Sekiranya orang lain melakukan kesalahan kepadanya seperti mencerca dan menyakiti hatinya, ia akan segera memaafkan orang tersebut dan diubati kesakitannya dengan zikir dan mengingati Allah.

Penutup

Segala garis panduan yang diberikan di sini, boleh mengubati perasaan yang hiba itu, kerana hati yang hiba tidak boleh diubati dengan ubat, ia mesti diubati dengan rawatan rohani yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Islam meliputi semua aspek iaitu rohani dan jasmani dan merupakan pelengkap kepada kehidupan manusia. Setiap apa yang berlaku kembalilah kepada agama Islam, nescaya Islam itu mempunyai kaedah yang tersendiri dan mampu mengubati seluruh penyakit yang ada pada manusia. Selain itu, segala ibadah yang dilakukan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah dan menjadikan kita seorang hamba yang baik dan soleh. Hal ini semua boleh diperolehi, jika segala ibadah dilakukan dengan sebaik yang mungkin seperti ikhlas dan tanpa ada apa-apa perasaan sebaliknya.

Sumber: Ustaz Nor Amin
 
 

Monday, August 12, 2013

Bila tiba hari RAYA...

Ramadhan sudah menyusul pulang tapi perjuang kita untuk melawan hawa nafsu tetap perlu diteruskan dan bukan hanya dibulan ramhan saja.. cuma bulan ramdahan tu kita jadikan sebagai madrasah untuk melatih diri melawan hawa nafsu dalam diri.. sudah penat berjuang selama sebulan Allah swt kurniakan bulan syawal sebagai bulan kita menyambut kemenangan bagi yang tahu dan faham apa itu ramadhan dan berpuasa..
semua orang mesti ada cerita raya masing-masing kan..aisya pun ada cuma cerita ni biasa la dan tak ada yang menarik pun.. saja cari idea nak menge 'post' dalam belog ni fasal hari raya.. hari raya tahun ni mesti sambut kat kampung..~wajib~
Macam biasa..malam 31 ramdhan wajib kena tidur lewat..al maklum la nak berhias rumah cecantik yang mungkin esok nak beraya..ramai sanak saudara nak datang.. kemas sana kemas sini jam sudah tepat 2.00 pagi..sungguh aisya sangat terkejut..cepatnya masa...tak rasa macam 2.00 pagi pun..dari lepas isyak buat kerja tak menengok pun jam..tup..tup da pukul 2,00 pagi.. Abang ketiga aisya tergelak sorang kami semua tengok dia..pelik..
"Hawat.....hangpa tengok apa"
dia sorang saja gelak waktu tengah-tengah pagi buta sapa tak hairan
"Hawat..abang gelak"
aisya tanya abang sambil tengok kak wani (kak ipar) hehe..pagi tu mak ayah dah tido tinggal aisya, abang dan kak wani jer..kiranya bertiga la jalankan tugas menyelenggara rumah..
"Saja la..la kan da masuk 1 syawal..cepat sungguh"
fuhhhhh.....ingat kan apa..serius cara dia gelak sangat menyeramkan.. 
aisya naik bilik dulu sebab tak tahan mata ni da mengantok dan terus tido tepat jam 3.30 pagi..
1 Syawal 2013
jam 5.49 pagi mak dah bangunkan aisya..Ya Allah..mata ni tak payah cakap memang tak larat nak angkat berjalan pun sambil tutup mata..tido kejap bangun kena tolong mak di dapur masak ketupat panaskan apa yang patut.. lepas solat subuh ingat boleh tido sekejap..tak boleh jugak.. kena buat keja lagi..kemas sapu sampah..
tepat jam 8.30 pagi siap2 nak ke masjid untuk solat sunat hari raya..nasib sampai orang tak ramai lagi waktu tu sangat indah bila dengar orang bertakbir hari raya..sedap sungguh suara orang tu..hehe lepas solat sunat ada ktubah raya.. seronok dengar imam baca kthubah tapi mata time tu la dia nak lelap..terhanggup hanggup..haha ni semua kes tak cukup tido semalam..
Akhirnya habis jugak khutbah raya..bersalam salaman..sampai ada jugak yang menangis memohon maaf..terharu melihat saat tu..
Balik rumah siap2 nak ke tanah perkuburan..ziarah arwah abang ngah arwah dan abg long(anak saudara) yang meninggal ketika bayi.. aisya tak pernah lihat arwah abg ngah..kata mak dia meninggal waktu aisya dalam kandungan mak..jadi aisya tak pernah tengok wajah dia..gambar pun tak ada maklum la zaman dulu tak adanya gambo2 macam kita sekarang..tapi aisya ttap doakan untuk dia dan anak saudara aisya 'semoga roh mereka ditempatkan disisi orang2 yang beriman' insyaAllah aminn..
 

habis tahlil.. time budak2 dapat duit raya..jeng..jeng..untung la.. aisya ni negok ja.. jeles sangat sebab diorang dapat RM 8.00 seorang..masa aisya dulu dapat RM 2.00 jer..xaci..xaci..tapi dulu RM 2.00 tu besar jugak la.. tapi seronok tengok meriah pulak tanah perkuburan Kampung Chandek Kura ni..
 
Balik rumah...orang da penuh..ramai yang datang..da macam 'open haouse' pulak.. berbaloi jugak la kemas rumah sampai mengantok dan tertido dalam masjid haha..
 
 
da tak ada orang ambik peluang keluar beraya pulak..sekali mengantok dan tido semua da hilang..balik nanti la ganti tido..
seronok...sapa cakap hari raya aidilfitri tak seronok..tapi dalam kita berseronok jangan lupa kan mereka mereka yang kurang berupaya untuk menyambut hari lebaran ini..dan sambutanlah dengan bersederhana itu lebih jauh bermakna dan bersyukur di atas kurniaan dari Allah swt.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...