Saturday, November 30, 2013

Maafkan ana ya Sahabat..

gif: Cute sleepy kitties
Ahlan Wasahlan sahabat.. MasyaAllah berhapuknya blog ni, bila buka benda yang sama ja kan. Tak ada posting-posting baru, jadi tujuan aisya buat posting ni nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada sahabat-sahabat aisya yang ada tanya soalan di ask.fm / di kotak komen..tak lupa juga kepada sahabat yang bertanya dan request tuto. MasyaAllah aisya cuma sempat 2 3 soalan dan buat tuto. Maafkan aisya ya sahabat sebab tak sempat nak tunaikan soalan-soalan kalian.

Tapi InsyaAllah..jangan sedih k, aisya akan cuba jawab semua soalan kalian. Bagi soalan mengenai hukum mungkin akan mengambil masa sedikit sebab aisya akan buat rujukan terlebih dahulu untuk membuat kepastian mengenai jawapan bagi soalan kalian. Aisya sendiri juga sedang belajar jadi ni lebih kurang kita belajar sama-sama. sekurang-kurangnya soalan yang di tanya akan menambah ilmu aisya dan sahabata-sahabat semua InsyaAllah. Yang penting kita ada rasa nak belajar dan terus belajar mengenai agama kita.

Untuk tutorial sedang dalam 'persediaan' hehe.. ada adek yang bertanya 'kak aisya kenapa tutorial sikit ja kat blog akak?' .. jawapan dia sebab aisya (kak aisya) cuma buat tutorial yang di minta oleh kalian.. nak kata suka-suka nak buat tu ada tapi jarang-jarang la. Aisya lebih tumpu bahagian ilmiah yang tu lebih penting.

"Kenapa tak sempat?" .. sebabnya sekarang sangat banyak tempahan blog & doodle yang aisya terima, itulah penyebab aisya dah jarang update blog..hehe posting ni pun curi-curi masa apabila tangan sudah mula gatal nak menaip. Walau dalam apa jua keadaan kita jangan lupa kepada Nya.. sebab DIA lah yang memberi kita rezeki dan kesihatan yang baik untuk hidup.. Tunaikan apa yang WAJIB terlebih dahulu, biarlah yang SUNAT itu dijadikan sebagai PENAMBAH kepada yang WAJIB tadi..okey

Jaga diri..Jaga Hati..Jaga Mata..Jaga Iman.. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah swt InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.