Monday, August 21, 2017

Ber CINTA selepas NIKAH... iye ke??

aesthetic, gif, and anime image

Kisah kami berdua lucu..
malam rasa rajin nak menaip posting baru untuk santapan korang
kisahnya pasal diri sendiri yang masih dalam mimpi yang diri sendiri ni sudah 'bersuami' 
biar betol! aku dah kahwin la..haha
lucu kan..tapi tulah hakikatnya
sebenarnya aku tak kenal sangat pun suami aku ni..haha.. dan aku pun dah malas nak fikir bab kahwin ni sejak-sejak aku 'frustt menongeng' dengan seorang imam muda tapi buka imam muda dalam realiti tv tu ye..
Sakit jugak hati ni bila kena permain macam tu je..alahai perempuan hati kau mudah sungguh memberi kasih macam tu je dan last sekali orang yang kau sayang 'giler-giler' tu tak da pun perasaan macam kau..dan kau ni dah siap bagitau dekat mak ayah 'excited habis' tapi akhirnya hampehhh...
waktu tu sahabat aku cakap mungkin dia bukan yang betul untuk aku..
aku cuba terima dengan air mata dan siang malam berdoa sesungguhya kepada ALLAH SWT dengan harapan ALLAH SWT hilangkan rasa pedih di dalam hati aku ni..
Alhamdulillah seperti paku yang dicabut buang begitu saja.. aku dah tak rasa apa-apa kesedihan selepas tu aku berniat sesungguhnya
"Ya ALLAH.. sesungguhnya aku ini hambaMU dan engkau adalah Tuhanku dan engkaulah yang lebih berhak keatas diriku ini.. Jadi mulai dari saat ini segala urusan jodoh aku serahkan kepadaMU sesungguhnya engkau jualah lebih Maha Mengetahui akan sesuatu"
lepas dari tu memang aku dah tak fikir bab cinta-cinta..nak imam muda ka memang tak ada...
KOSONG... dan BAHAGIA dengan ketenangan jiwa..
TAPI..ALLAH SWT tetap menguji aku
Mak dan Ibu (makcik aku) hari-hari tanya soalan 
'bila nak kahwin'
'dah ada calon belum'
dan macam-macam lagi
sampai aku jadi....STRESSSSS
Bila aku jawab aku memang tak nak kahwin sampai bila-bila, mak dengan ibu aku menangis terus..haha lagi la aku stresssss..
apakah ini?
jadi hari-hari bahagia sebelum ni jadi serabut balik..last aku citer dekat sorang kak di sekolah sebelah meja aku pasal masalah aku yang agak kritikal jugak la.. dan dia rekemen someone hehehe 
ADIK IPAR dia yang masih membujang dan mencari jugak..
hahhhh!! dah jumpa...haha
kebetulan kak dan suami (abang kepada lelaki tadi) kerja satu sekolah dengan aku. jadi abang dia pun setuju dengan cadangan isteri dia yang nak jodohkan aku dengan adiknya tu..
bermula la sesi TAARUF...di sebuah resturan
sebelum diorang sampai aku dengan sahabat aku 2 orang makan dulu bagi kenyang siap-siap sakgi kalau dah berjumpa nak makan pun dah malu hahaha ..
15 minit berlalu..sahabat aku memberi isyarat yang dia sudah nampak kelibatan kak dan suaminya bersama adik mereka...
dup..dap...dup...dap..
hai...tadi tak la gelabah sangat ni apasal tiba-tiba ja jadi gemuruh plak...tp muka steady lagi masih dapat dikawal dengan senyuman..
adiknya duduk hadapan sebelah kanan aku.. suami kak tadi jadi pengacara kami berdua mnta utk kami berpandangan..mata kami bertentang haha malu hoiiii... tapi steady jerr...
dia tanya beberapa soalan dekat aku..dan aku dapat menjawabnya dengan jayanya..
tak da lah soalan apa sangat soalan basic ja 'keja apa' 'umur berapa' alaaa kacang ja tak la susah sangat..
selesai sesi TAARUF.. kami masing-masing balik kerumah sendiri.. sampai dirumah kakak tadi mesej tanya macam mana 'berkenan tak' 
aku dengan confidennya menjawab 'okey...sejuk ja hati saya bila tengok dia' dan adik dia pun jawab benda yang sama..
selesai sudah Taaruf kemudian kami bertunang pada hari raya Haji dan melansungkan perkahwinan pada 4.3.2017 .. alhamdulillah ALLAH SWT mudahkan segala urusan sepanjang perkenalan kami hingga ke Majlis Kenduri..
dan aku menyedari sesuatu dari apa yang telah terjadi kepada aku.. sebaik baik pilihan adalah pilihan daripada ALLAH SWT. Jadi mintalah kepada DIA dan berserah serta YAKINLAH dengan segala rancanganNya untuk kita sebagai hambaNYa..
SEKIAN, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By AisyaAwfiyah. All Right Reserved To Me.